SOAL JAWAP ~ ONEXOX
1) Apa itu ONEXOX?
- ONEXOX ialah jenama kepada salah satu produk perkhidmatan mudah alih prabayar yang disediakan oleh XOX Berhad dan diedarkan secara eksklusif oleh ONE XOX Sdn. Bhd
2) Dimana saya boleh dapatkan Starter Pack ONEXOX?
- Starter Pack ONEXOX boleh didapati daripada mana-mana pengedar Myonetelco2u.com yang dilantik. Anda boleh lawati laman web kami melalui link berikut: http://www.myonetelco2u.com/
- atau boleh terus order online degan agent2 affiliate yg dilantik
3) Bilakah ONEXOX ditubuhkan?
- Plan ONEXOX ni masih baru diperkenalkan di pasaran, akan tetapi syarikat ini telah lama bertapak di dalam industri komunikasi sejak dari tahun 2008..dimana terdahulu, kami bernaung di bawah nama DymiumXOX, seterusnya, Dycom Sdn Bhd, One Telco sdn bhd dan yg terkini ONEXOX sdn bhd
Rangkaian Sistem ONEXOX
1) Apakah itu MVNO
- MVNO ialah “Mobile Virtual Network Operator” dimana XOX menggunakan landasan sistem daripada Celcom
2) Adakah ONEXOX menggunakan teknologi 3G?
- Ya, ONEXOX menggunakan teknologi 3G daripada Celcom. ONEXOX menggunakan teknologi GPRS dan juga HSDPA
3) Adakah simkad ONEXOX berkeupayaan untuk penggunaan LTE (4G)?
- Simkad ONEXOX berkeupayaan untuk menyokong LTE(4G) tetapi masih tidak boleh digunakan lagi buat masa ini.
4) Adakah simkad ONEXOX menyediakan perkhidmatan untuk Panggilan Video?
- Ya, kami ada menyediakan perkhidmatan untuk panggilan video. Kadar yang dikenakan ialah 56sen/min bagi talian XOX dan 90sen/min untuk talian lain
5) Adakah simkad ONEXOX menyediakan perkhidmatan untuk MMS?
- Tidak. Kami tidak menyediakan perkhidmatan untuk MMS.
6) Adakah simkad ONEXOX boleh menghantar atau menerima “SHORT CODE” untuk langganan seperti ASTRO atau lain-lain?
- Tidak boleh. Kami tidak menyediakan perkhidmatan bagi “SHORT CODE” buat masa ini.
Kad SIM ONEXOX
1) Bagaimanakah cara saya nak aktifkan Kad Sim saya?
- Masukkan Kad Sim ke dalam telefon mudah alih anda dan membuat panggilan yang pertama ( Panggilan yang berjawab) untuk aktifkan nombor tersebut.
2) Apa yang akan berlaku sekiranya nombor yang telah didaftarkan tidak diaktifkan selama 30 hari ?
- Sekiranya dalam masa 30 hari Nombor yang baru/MNP didaftarkan tidak membuat pengaktifan, nombor tersebut akan ditamatkan perkhidmatan.
3) Mengapa saya tidak dapat menghantar SMS?
- Sila pastikan bahawa dalam tetapan mesej telefon anda , nombor pusat yang ditunjukkan hendaklah +60193900039 . Jika anda masih menghadapi kesukaran untuk menghantar SMS, sila hubungi khidmat Pelanggan kamidi 12273 atau 1300-888-010 untuk bantuan selanjutnya.
4) Saya tidak menerima SMS dari nombor 22111. Apa yang perlu saya lakukan?
-
1. Klik " SETTING".
2. Klik "MORE".
3. Klik "APP MANAGER".
4. SWIPE ke kiri sehingga jumpa perkataan "ALL"
5. SCROLL DOWN sehingga jumpa FOLDER "MESSAGING"
6. Klik "MESSAGING"
7. SCROLL DOWN sehingga jumpa perkataan "SEND PREMIUM SMS".
8. Tukar arahan "NEVER ALLOW" ke "ALWAYS ALLOW".
9. Selesai semuanya, klik "SAVE" dan tekan BUTTON "HOME"
10. "RESTART PHONE" kemudian periksa baki akaun anda dengan menghantar "BAL" dan hantar ke 22111
**Sekiranya masih tidak boleh menerima SMS tersebut, anda perlu hubungi talian khidmat pelanggan kami 12273 utk membuat laporan.
5) Apakah yang perlu saya lakukan apabila melihat paparan“Kad SIM Ditolak “?
- Masukkan kad SIM anda ke dalam telefon bimbit yang lain dan cuba lagi.Sila hubungi khidmat pelanggan di 12273 atau 1300-888-010 untuk bantuan selanjutnya.Jika masalah berterusan, anda harus membuat pertukaran kad sim baru.
6) Mengapa Kad SIM saya disekat?
- Ia disekat kerana kad sim tersebut rosak, pecah atau kod PUK yang salah telah dimasukkan.
7) Paparan “ PUK “ di screen telefon bimbit saya , apa yang perlu saya lakukan?
- Anda perlu menelefon untuk talian Khidmat Pelanggan 12273 @ 1300-888-010 ,di mana anda boleh mendapatkan 8- digit PUK Kod anda. Anda akan dikehendaki untuk mendail kod PUK 8 angka di telefon bimbit anda dan pilih semula Nombor PIN yang baru.
*Sila ambil perhatian: kad SIM akan disekat sekiranya memasukkan nombor PUK yang salah melebihi 5 kali
8) Bagaimana saya nak buat pertukaran Kad sim Baru (SRP)?
- Anda boleh dapatkan daripada Upline anda atau menghubungi pihak Admin (myonetelco2u.com) terus.
Sekiranya nak beli terus daripada pihak pengurusan, perlu terus order simcard seperti biasa di website www.myonetelco2u.com dan
maklumat mesti sama dengan pendaftaran simcard asal dan admin akan proses.*Pengedar/agent tidak boleh proses * Jangkaan kurier selewatnya dalam masa 5 hari waktu bekerja.
selepas simcard sampai sila maklumkan kepada admin segera
9) Berapa caj yg dikenakan untuk membuat pertukaran kad Sim SRP ini?
- Bayaran atas talian : RM10 termasuk kos penghantaran ..
- Boleh terus berhubung dengan Dealer2 Myonetelco2u.com atau terus berurusan dengan Admin Myonetelco2u.com
No comments:
Post a Comment